‘Kami kalau lawan, lawan terus; bukan lawan sekejap, keluar sekejap’
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menegaskan pembangkang hari ini tidak bersikap agresif, menghasut atau memfitnah, sebaliknya mengambil pendekatan menerang, ‘mencerdikkan’ dan memberikan pencerahan kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian dipercayai membidas kenyataan bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) yang menyifatkan pembangkang kini sebagai paling tidak berguna.
Ia kerana KJ sebelum ini mendakwa, pembangkang gagal mengetengahkan isu penting termasuk krisis tenaga global dan dakwaan rasuah melibatkan MP PKR.
Khairy menegaskan pembangkang terlalu bodoh dan tidak cekap memanfaatkan ‘pentas’ untuk langkah semak dan imbang, malah hanya berharap menang tanpa bertindak.
Syahir yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS berkata, pendekatan pembangkang yang diambil kini mencerminkan politik matang dan sejahtera, politik solusi yang berfokus kepada kepentingan rakyat.
“Kami kalau lawan, lawan terus. Bukan lawan sekejap. Bukan keluar sekejap. Berprinsip. Bermaruah,” tegas beliau dalam media sosial miliknya.
Mohd Syahir menekankan, pemimpin masa kini cenderung meninggi diri, bercakap besar, berjanji kosong dan mudah bermusuh, malah rasuah menjadi makanan sementara kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat.
Sebaliknya, pemimpin masa depan menurut beliau, perlu bersifat ‘visionary’, merendah diri, tenang, tidak berdendam dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.
“Rasuah sesuatu yang jijik. Kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi. Ex-Oxford should know this.
“‘Pemimpin Budiman’, ‘this is our offer’,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 26/3/2026