SIASAT SEGERA DAKWAAN RASUAH MAFIA KORPORAT
1. Pemuda PAS Malaysia memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Victor Chin, atau nama sebenarnya Chin Boon Loong, yang mendakwa terdapat seorang Ahli Parlimen PKR meminta bayaran sebanyak RM9.5 juta bagi menyelesaikan isu berkaitan mafia korporat.
2. Dakwaan ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan wakil rakyat daripada Kerajaan yang selama ini lantang melaungkan agenda Reformasi serta menolak sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam pentadbiran negara.
3. Lebih meresahkan, dakwaan tersebut turut menyebut bahawa wang berkenaan bertujuan mendapatkan campur tangan politik dalam urusan korporat, sekali gus mencetuskan persoalan besar terhadap integriti dan ketelusan pentadbiran.
4. Sehubungan itu, Pemuda PAS Malaysia mendesak agar siasatan segera, telus dan menyeluruh dijalankan oleh pihak berkuasa supaya kebenaran dapat ditegakkan dan mana-mana pihak yang terlibat dalam amalan rasuah mafia korporat ini dibawa ke muka pengadilan tanpa kompromi.
YB Ustaz Mohd Hafez Bin Sabri
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi
#TerusMemimpin #PemudaPAS
https://www.facebook.com/share/p/18gCt8wsHM/